Jangan cuma fikir nak cari suami, tapi fikir juga layakkah dia jadi bapa
Betapa pentingnya kita sebagai wanita memilih pasangan hidup yang betul, bukan saja sebagai suami, tapi juga sebagai bapa kepada anak-anak kita nanti.
Semasa kami merayakan Hari Bapa Ahad lepas, hati saya tiba-tiba terdetik untuk membuat satu blog post yang saya pasti akan memberi manfaat kepada para adik-adik perempuan diluar sana.
Apabila saya melihat para suami digereja kami di SIB Cheras terutamanya suami saya melayan anak kami dengan penuh kasih, melihat betapa dia berusaha menjadi ayah yang baik, saya terfikir, "Betapa pentingnya kita sebagai wanita memilih pasangan hidup yang betul, bukan saja sebagai suami, tapi juga sebagai bapa kepada anak-anak kita nanti."
Dengan itu,tercetus idea saya untuk berkongsi atau izinkan saya sebagai seorang kakak atau aunty berkongsi sedikit nasihat. Bukan kerana saya sempurna, tapi kerana saya pernah buat silap, pernah belajar, dan kini saya ingin bantu adik-adik wanita di luar sana buat pilihan yang lebih bijak.
1. Cari lelaki yang benar-benar percaya kepada Tuhan.
Bukan sekadar atas nama agama di IC atau pandai sebut ayat rohani bila sedap hati. Tapi lelaki yang benar-benar takut akan Tuhan, yang pegang prinsip hidupnya berdasarkan Firman Tuhan, dan tahu letak Tuhan di tempat pertama dalam hidupnya. Lelaki begini akan tahu cara melayani kamu dan membimbing keluarganya dengan kasih dan hormat.
Janganlah cari penyakit dengan mencari lelaki tidak seiman dan "bad boy" lah kunun. Ingatlah, perkahwinan bukan sementara tetapi perkahwinan ini adalah untuk selama-lamanya. Janganlah berkahwin dengan mindset " nanti kalau tidak ngam, boleh saja cerai", jika kamu ada mindset begini, bagus fikir betul-betul kenapa kamu mau berkahwin dengan pasangan kamu dan adakah dia orang yang tepat yang Tuhan sediakkan untuk kamu?
Saya nak cerita saya punya pengalaman peribadi mengenai hal ini. Saya dulu pernah bercinta dengan seorang lelaki Chinese yang beragama Buddha selama 5 tahun. Masuk tahun ke-5 kami bercinta, kami plan mau melangkah ke step seterusnya tetapi disebabkan kami berbeza agama, saya paksa diri untuk berfikir masak-masak dan berdoa untuk hal ini sampai saya siap buat checklist lagi mengenai apa criteria lelaki yang saya mau jadikan suami?
Checklist pertama saya adalah lelaki itu mesti benar-benar percaya kepada Tuhan. Bukan sekadar nama saya Kristian. Saya bertekad, jika tidak memenuhi checklist pertama ini, saya akan tinggalkan walaupun checklist yang dibelakang ni semua pun tick.
Obviously, ex boyfriend saya ini tidak tick the first criteria. Bukan saya saja-saja reject tau tetapi saya tidak mahu melangkah ke alam perkahwinan dengan kami yang berbeza agama. Kena firm untuk pilih. Dengan kekuatan dari Tuhan, saya berjaya memutuskan diri dari ex boyfriend saya ini. Saya memang rasa kejam, dan saya juga memang sedih dan ada juga rasa menyesal tetapi saya tetap dengan pendirian saya, checklist no.1 kena tick baru boleh proceed yang lain.
Selepas 3 tahun dari fasa ini, saya bersyukur saya jumpa lelaki yang tick no.1 dan tick almost criteria yang saya listkan haha iaitu suamiku Maclare.He is not a perfect man so do I. Sebenarnya panjang cerita tapi nnt post ni jadi panjang sangat nnt. Jika kamu mau saya share pengalaman ni, boleh comment ya.
2. Pilih lelaki yang ada nilai tanggungjawab.
Bukan yang hanya pandai bercakap manis sama ada depan2 atau di media sosial, tapi yang benar-benar hadir bila kita perlukan. Tanggungjawab bukan hanya dari segi duit, tapi dari segi masa, perhatian, dan kehadiran.
Macam mana mau tau dia bertanggungjawab tu?
Kenalah berkawan dengan dia dan kenal orang2 circle dia. Semasa bercinta, berkenalanlah dengan baik, janganlah bercinta terlampau naik rak orang cakap. Berpada-padalah sambil perhatikan cara dia menghadapi masalah atau tekanan dan cara dia mengurus kehidupan. Ingat! Berpada-padalah dalam mengenali hati budi masing-masing ya. Dari segi POV kita perempuan, janganlah ambil alih peranan lelaki. Maksud saya, sbg perempuan, kita sbg perempuan janganlah selalu jadi initiator(semua pun perempuan nak plan, buat) or in a very simple word, jangan terhegeh-hegeh, ada malu sbg perempuan juga.
My mum dulu selalu pesan dengan saya, cari lelaki yang lebih mencintai kamu bukan kamu yang terlebih mencintai dia atau kamu yang terhegeh-hegeh nakkan dia sebab lelaki memang diciptakan oleh Tuhan untuk mendekati wanita yang dicintainya.
3. Jangan cari yang sempurna tetapi cari yang sedia belajar dan membesar bersama.
Suami yang baik bukanlah yang tahu semua benda sejak awal, tapi yang mahu berusaha jadi lebih baik, terutama bila sudah ada anak. Sama juga dengan lelaki, jangan cari perempuan yang sempurna sebab setiap manusia ada kekurangan masing-masing.
Apabila sudah ambil keputusan untuk berkahwin tu, maksudnya bersedia untuk terima segala kekurangan masing-masing dan bersedia untuk berusaha memperbaiki segala kekurangan diri bersama.
Jangan pula tidak mau memperbaiki diri untuk kepentingan keluarga ya. Sama-sama mahu belajar dan membesar bersama. Jangan membesar dari fizikal bersama saja(seperti saya dan husband hehe) tetapi yang baik pun membesar bersama.
4. Lihat cara dia layan ibunya, adik-beradiknya dan kanak-kanak.
Itu selalunya petanda bagaimana dia akan layan kamu dan anak-anak nanti.
Macam mana mau lihat ni?
Jika kamu ada kesempatan, bolehlah pergi melawat kampung halaman/tempat family dia sekali at least sebelum membuat keputusan untuk betul-betul serius. Dan jika boleh, pergilah bersama kawan perempuan dalam circle dia. Jangan pandai-pandai pula ye. Gunalah common sense sendiri apabila melihat cara dia layan ibubapanya, adik beradik dan saudara mara dia. Saya tahu cinta itu buta tetapi tolonglah bukakan mata sebelum berkahwin. Buka mata besar-besar dan ada common sense k.
Kakak saya pernah bagitau saya dulu, semasa bercinta lelaki akan tunjukkan 30% saja perangai sebenar tetapi apabila berkahwin, 70% akan keluar dengan jayanya especially dah habis fasa honeymoon. Siap lah menerima segala kekurangan satu sama lain hahaa. Syukurlah dia tunjuk 30% tu, kalau tidak pernah tunjuk, red flags ler.
5. Pilih yang tahu erti 'berkorban'.
Bukan yang hanya mahu senang sama-sama, tapi juga sanggup susah sama-sama.
Yang ni sangat-sangat penting sebab selepas berkahwin lagi lagi selepas ada anak, cabaran dia memang betul-betul mencabar dan selalunya memerlukan pengorbanan yang tidak mungkin akan dibalas oleh pasangan.
6. Jangan tertipu dengan rupa, gaya atau duit.
Ini semua boleh berubah.
Yang handsome boleh jadi tak handsome jika berlaku apa-apa kemalangan ke atau memang sudah tua ataupun dah tak cukup modal sebab nak teruskan kehidupan bersama anak-anak. Bukan tidak boleh dengan orang handsome, handsome tu bagus utk bloodline hahaha tetapi ingat, jangan berkahwin dengan seseorang semata-mata dia handsome saja tau, kalau handsome tetapi semua 1 - 5 di atas tidak dipenuhi, lupakan saja, ada lagi yang lagi handsome dan check semua 1-5, jangan terburu-buru.
Jangan tertipu juga dgn yang berduit sblm kahwin. Duit memang penting tetapi jangan jadikan kamu mau kawin dengan dia sebab berduit saja. Sebab selepas kahwin, macam-macam cabaran akan berlaku dan salah satu cabaran yang mesti dihadapi adalah kekurangan atau ketiadaan duit. Kita sudah sedaya upaya untuk menguruskan kewangan dengan baik tetapi jika cabaran kehidupan berumah tangga adalah kewangan, memang akan terjadi juga masalah ini. Jadi, jangan berkahwin semata-mata sebab berduit saja sebab duit pun boleh habis.
Tapi hati yang ikhlas, cinta yang bertanggungjawab, dan iman yang kukuh, ini yang kekal dan mendidik anak dengan baik nanti.
Hari ini saya bersyukur kerana suami saya bukan yang paling romantik, bukan yang paling pandai berkata-kata, tapi dia lelaki yang tahu tanggungjawab, tahu nilai keluarga, dan sentiasa berusaha menjadi bapa terbaik untuk anak kami. Saya sangat-sangat bersyukur sebab I crossed the path and fall in love with my husband dan seterusnya menjalani kehidupan bersama-sama sampai ke hari ini.
Kepada adik-adik yang masih bujang, belum berkahwin, atau yang masih mencari:
Jangan tergesa-gesa. Doa banyak-banyak. Tengok betul-betul. Dengar suara hati kamu. Sebab suami kamu nanti bukan saja pasangan kamu, dia akan jadi role model anak-anak kamu juga.Jika betul-betul serious, ambil masa untuk berdoa utk hal ini. Jika Tuhan memang sediakan orang itu untuk kamu, mesti dia akan permudahkan dan dapat disatukan juga tu.
Dengan kasih,
Aya
Seorang kakak/aunty yang prihatin ❤️